
PETALING JAYA: Pegawai kepada Amirudin Shari meminta pihak tertentu menghentikan permainan spekulasi pelantikan menteri besar Selangor.
Setiausaha akhbarnya Jay Jay Denis berkata spekulasi itu juga seolah-olah memberi tekanan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang baru kembali ke tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara.
“Polemik sebegini berpotensi mencalar reputasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berkali-kali mengumumkan secara terbuka untuk mengekalkan Amirudin sebagai menteri besar, selain konsensus bersama parti dalam Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
“Pihak tertentu perlu menghentikan permainan nakal kerana ia berpotensi dilihat tidak sopan dan mencalarkan reputasi Istana Selangor serta perdana menteri sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, FMT melaporkan spekulasi Amirudin tidak akan dilantik sebagai menteri besar…
