
PETALING JAYA: PAS dinasihatkan agar berhenti daripada berkhayal untuk menawan Selangor dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Adzman Kamaruddin.
Adzman berkata, melihat perbandingan prestasi antara pentadbiran negeri Selangor dengan Kelantan dan Terengganu membuktikan negeri di bawah naungan PKR itu jauh lebih baik dari segi kemajuan, kebajikan, pembangunan infrastruktur dan modal insan.
“Keyakinan tinggi yang dilontarkan PAS untuk menawan Selangor boleh diumpamakan sebagai bermimpi di siang hari.
“PKR Selangor optimis peluang mengekalkan negeri ini dalam PRN akan datang berdasarkan prestasi semasa kerajaan negeri khususnya dari segi soal kebajikan, pembangunan…