
PETALING JAYA: Pensyarah yang dipecat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang bekas pelajar perlu didakwa di mahkamah, kata seorang Ahli Parlimen.
Beliau juga menegur Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana tidak bertindak.
Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto bertanya mengapa kedua-dua kementerian itu membisu mengenai kejadian melibatkan Farah Azuin Abdul Razak, 23, yang menuduh seorang pensyarah mengganggunya secara seksual sejak setahun lepas.
“(Kita) masih belum mendengar daripada menteri pengajian tinggi mahupun menteri dalam negeri. Tiada tindakan oleh kedua-dua kementerian itu,” katanya kepada FMT.
UiTM memaklumkan kelmarin ia telah memecat pensyarah itu serta-merta susulan siasatan dalaman dan keputusan jawatankuasa…