Hot FM

H&H dance group satukan komuniti melalui tarian, pakaian tradisional


kebaya
H&H dance group meraikan kepelbagaian kaum untuk pupuk perpaduan menerusi tarian.
KUALA LUMPUR:

Lagu Serumpun mencetuskan fenomena dalam sambutan Aidilfitri dua tahun lalu apabila rentaknya yang rancak serta lirik mudah diingati pantas menjadi siulan ramai.

Tidak hairanlah apabila lagu nyanyian Mimifly itu kemudian menjadi pilihan pengguna media sosial untuk mengiringi pelbagai persembahan ringkas yang dimuat naik ke platform digital.

Antara yang mencuri perhatian ialah sekumpulan wanita berusia 50 hingga 70 tahun daripada pelbagai kaum menamakan diri mereka H&H (Healthy and Happy) dance group, komuniti yang menjadikan tarian sebagai cara mengamalkan gaya hidup sihat.

Lebih menarik, setiap kali menghasilkan kandungan yang dimuat naik ke media sosial, mereka tampil lengkap mengenakan busana tradisional Asia Tenggara iaitu kebaya.

“Kami muat naik video menari ke TikTok sekadar suka-suka sahaja.

“Tidak sangka pula ia menjadi tular dan menerima banyak ‘like’ serta komen…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version