
PETALING JAYA: Seekor anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Blake, terpaksa ditidurkan selepas dikesan menghidap barah limfoma.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan, anjing dari disiplin Cadaver itu telah didiagnosis menghidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu dan terpaksa ditidurkan petang semalam.
“Blake telah dimasukkan sekali lagi ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 Sept lalu apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing tersebut,” kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, Blake gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang telah…