Site icon Hot FM

“Hidup Berubah… Orang Datang Dan Pergi…” – Fattah Amin

Perkongsian terkini pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian yang memuat naik sebuah video berlatarbelakangkan ‘sound’ kata-kata semangat untuk meneruskan hidup dalam dunia yang sementara ini.

Menerusi video tersebut, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi video ketika dia berada di luar negara seolah-olah sedang ‘healing’.

“Segala sesuatu di dunia bersifat sementara. Hidup berubah. Orang datang dan pergi dan musim tidak pernah bertahan lama.

“Jadi, apapun yang anda alami saat ini selalu ingat bahawa situasi anda saat ini bukanlah tujuan akhir anda. Jangan menyerah,” kongsinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan dan sokongan kepada bapa anak satu itu untuk terus kuat menempuhi setiap liku-liku kehidupannya.

@fattahamin

♬ original sound – FattahAmin – FattahAmin

Sebelum ini, nama Fattah hangat menjadi perbualan ramai selepas tular beberapa video mesra bersama penyanyi, Amira Othman.

Namun, Amira mengakui hubungannya bersama Fattah hanyalah sekadar gimik dan ‘marketing’ bagi mempromosikan single baharunya berjudul Bila Nak Kahwin.

Sekadar info, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres jelita dan usahawan, Nur Fazura pada 27 November 2017, namun sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 5.

Artikel Berkaitan: Rezeki Melimpah Ruah Selepas Bercerai, Jadi Rebutan Pelbagai Jenama… Fattah Amin Tapis Terlebih Dahulu Sebelum Terima Lamaran

Artikel Berkaitan:vNetizen Komen Bukan-Bukan Terhadap Bekas Isteri, Fattah Amin Pertahankan Nur Fazura.. Peminat Puji: “Ini Yang Kita Mahukan”

Artikel Berkaitan: “Cakap, Fikir & Doa Yang Baik-Baik” – Fattah Amin Sifatkan Luahan ‘Fatima Tak Sayang Daddy’ Kerana Merajuk

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatima Cakap ‘Tak Sayang Daddy’, Cara Nur Fazura Pujuk Anak Jadi Perhatian – “Tak Boleh Cakap Macam Tu…”

Exit mobile version