Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

"Hidup Saya Sunyi Dan Kosong." – Sufian Suhaimi

today27 February 2019

Background
Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui, kekosongan sering melanda jiwanya, disebalik keceriaan yang dipamerkan.

Menurutnya,
“Tidak dinafikan, di sebalik ceria, jauh di sudut hati, hidup saya sunyi dan kosong. Untuk mengelakkan peraaan itu berterusan menguasai diri, saya cuba alihkan perhatian dengan melakukan hobi baru seperti berkebun, bermain game dan mengemas rumah.”
Sufian juga bersyukur mempunyai beberapa teman rapat yang sentiasa menjadi pendengar setia dan tempat untuk meluahkan perasaan, iaitu Ariff Bahran, Haqiem Rusli dan Aiman Tino.
Diusik pertanyaan, mungkinkah kesunyian itu terubat sekiranya bertemu pengganti, Sufian berkata,
“Tak pasti sama ada kekasih baru nanti akan menjadi penawar hati. Kadang kadang rasa macam belum bersedia.”
“Saya belum serius mahu kembali melalui fasa percintaan.”

Penyanyi berusia 27 tahun itu menegaskan,
“Cinta sejati menuntut pengorbanan, namun adakah kita sudah bersedia untuk melakukannya?”

Sumber: Berita Harian/Instagram Sufian Suhaimi

Written by: Jay


Previous post