Hot FM

‘Hidupkan semula’ Majlis Pendidikan Tinggi Negara, kerajaan diberitahu



Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) berkata, kemerosotan institusi pengajian tinggi terutama universiti awam adalah kesan campur tangan kerajaan yang berlebihan.

PETALING JAYA: Sebuah organisasi yang mewakili ahli akademik menggesa kerajaan mengembalikan Majlis Pendidikan Tinggi Negara sebagai badan pembuat dasar bagi pembaharuan pendidikan tinggi.

Majlis Pendidikan Tinggi Negara tidak aktif sejak 2011.

Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) berkata, kemerosotan institusi pengajian tinggi terutama universiti awam adalah kesan campur tangan kerajaan berlebihan melampaui apa yang diperuntukkan undang-undang.

Campur tangan Putrajaya boleh dilihat dalam pelantikan naib canselor universiti, ahli lembaga pengarah dan pegawai lain di universiti awam.

“Oleh itu, Majlis Pendidikan Tinggi Negara penting dalam sistem pendidikan tinggi negara, terutama yang berkaitan kuasa menteri,” kata jawatankuasa eksekutif Gerak dalam kenyataan.

Menurutnya,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version