
Pemimpin kanan PAS Annuar Musa menggesa Umno dan PAS supaya menghidupkan semula kerjasama di bawah panji Muafakat Nasional (MN), menyifatkan perpaduan Melayu-Islam sebagai satu perkara mudah yang boleh dicapai tanpa sebarang susunan politik lain, termasuk inisiatif ‘Rumah Bangsa’ cetusan Umno.
Bekas veteran Umno yang menyertai PAS pada Jun 2023 itu berkata, kedua-dua parti harus bertemu terlebih dahulu untuk mengenal pasti titik persamaan.
“Isu perpaduan (ummah) adalah isu yang ‘straight forward’.Tak usah rumitkan dengan mereka-reka itu dan ini. Semua itu formula untuk gagal,” katanya.
Mendakwa majoriti orang Melayu kini sudahpun ‘bersatu bersama PAS dan Perikatan Nasional (PN)’, Annuar berkata, PAS masih menuntut perpaduan yang lebih meluas bersama Umno, namun tanpa penglibatan DAP dan PKR.
“PAS mahu paksi politik bertunjangkan muafakat Umno,…