
PETALING JAYA: Sebuah kumpulan NGO alam sekitar memuji usaha serius kerajaan Pahang memulihkan kemusnahan di Tasik Chini, selepas dikatakan tidak lagi memenuhi kriteria Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).
Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Damien Thanam bagaimanapun berkata, walaupun usaha pemulihan itu terpuji, ia tidak mampu mengembalikan kehilangan flora, biodiversiti dan ekologi asal alam sekitar kawasan tersebut.
“Apa yang akan terhasil sekarang adalah daripada rehabilitasi manusia saja…ini amat menyedihkan,” katanya kepada FMT.
Beliau juga bimbang kemusnahan sama akan berulang selepas Tasik Chini dipulihkan, sekiranya mereka yang menjadi punca kerosakan di situ tidak diheret ke muka…