
PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat ‘penghijrahan’ bekas pemimpin Pemuda MCA bersama 100 ahli lain tidak mampu membantu Perikatan Nasional (PN) menambah sokongan pengundi Cina, terutama apabila wujud syak wasangka terhadap parti komponen PAS.
Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata kumpulan itu hanya mengulangi kegagalan ‘fungsi’ Gerakan bagi menarik sokongan lebih besar masyarakat bukan Melayu selama ini.
“Umno yang dikatakan lebih mesra pengundi bukan Melayu pun, MCA mempunyai kekangan sendiri dan sukar untuk menarik golongan itu, apatah lagi dalam PN untuk mengundi PAS. Ia tak mudah.
“Kegagalan Gerakan menarik sokongan (bukan Melayu) bukan kerana mereka (bukan Melayu) tidak suka atau tidak percaya kepada Gerakan, tetapi disebabkan ada PAS yang terlampau ekstrem dalam…