Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hilang ketika mandi sungai, budak 4 tahun ditemui lemas

today17 January 2022

Background



Mayat Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil ditemui pasukan bomba pada 9.50 pagi. (Gambar Bomba)

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di sungai berhampiran Ladang Man Coon di Beluran dekat sini semalam ditemui lemas pagi tadi.

Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil, 4, ditemui kira-kira 1km dari lokasi dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, mangsa ditemui pasukan bomba pada 9.50 pagi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 10.30 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berkenaan kira-kira 5 petang.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Willie Jude


Previous post

Sukan

Ibu Pejabat Baharu FAM Setinggi Lima Tingkat Dijangka Siap Pada Tahun 2025

Majlis pecah tanah bagi pembinaan ibu pejabat baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Presint 5, Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Perdana Majlis pecah tanah bagi pembinaan ibu pejabat baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Presint 5, Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi sambil disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

today17 January 2022