
PETALING JAYA: Pengundi Cina semakin hilang kepercayaan terhadap DAP, namun terus mengundi parti itu kerana rasa ‘takut’, dakwa Presiden MCA Wee Ka Siong.
Wee berkata, taktik DAP menakutkan pengundi Cina terhadap Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, menyebabkan golongan itu rasa terpaksa mengundi parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu walaupun dibelenggu was-was.
Menurutnya, rasa tidak puas hati dengan DAP berpunca daripada kegagalan kerajaan perpaduan melaksanakan pembaharuan dan memenuhi janji dibuat ketika kempen pilihan raya.
“Sentimen masyarakat itu sudah ada, tetapi apabila sampai nak mengundi…’kalau kamu silap mengundi terus ‘greenwave’, kamu akan berikan kuasa kepada gelombang hijau’.
“Saya rasa ini satu taktik yang digunakan,” katanya merujuk kepada istilah digunakan ahli politik merujuk…