Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Hilang Suara & Batuk, Siti Nurhaliza Alami Mild Bronchitis

today20 September 2022

Background

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan beliau kini berdepan masalah apabila dikesan mengalami Mild Bronchitis atau flu dada kesan daripada Covid-19.

Perkara itu dikongsi Siti menerusi hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya sebentar tadi.

Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 42, beliau terpaksa membuat imbasan x-ray akibat tidak dapat menahan batuk pada waktu tengah malam.

“Baik kita x-ray ye… tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” tulisnya.

Bagaimanapun, Siti terpaksa menggunakan inhaler selain turut dibekalkan dengan ubat-ubatan lain.

Sejak beberapa hari lalu, Siti dilihat ada berkongsi mengenai keadaannya yang tidak begitu sihat akibat mengalami sakit tekak dan ‘kehilangan suara’.

Malah, anak keduanya Afwa juga turut mengalami demam sehingga hidung dan dadanya dipenuhi kahak.

Terdahulu, pada Ogos lalu, Siti memaklumkan beliau baru sahaj sembuh daripada jangkitan Covid-19 selepas pulang dari London.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Written by: Salma


Previous post