

Peguam Haniff Khatri Abdulla akan memfailkan tindakan sivil terhadap polis, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan kerajaan berhubung tindakan menghalang serta menghentikan Himpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (Garah) pada 7 Feb lalu.
Beliau memaklumkan sedemikian selepas membuat laporan polis berhubung tindakan termasuk penahanannya serta kira-kira 19 individu lain sebelum perhimpunan bermula.
“Saya akan memfailkan tindakan sivil terhadap kesemua pihak yang saya namakan, termasuk polis, ketua polis negara, menteri dalam negeri dan perdana menteri,” katanya di IPD Dang Wangi hari ini.
Haniff menambah, beliau turut menamakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Saifuddin kerana mendakwa berlaku campur tangan salah yang mengakibatkan himpunan itu dihentikan.
Menurut beliau, himpunan yang…