

Perhimpunan tangkap Azam Baki yang dirancang pada Sabtu ini bukanlah penamat kepada perjuangan menentang rasuah, sebaliknya sebahagian daripada perjuangan yang lebih panjang, kata bekas Ahli Parlimen Batu Tian Chua.
Bekas naib presiden PKR itu berkata perjuangan melawan rasuah tidak berakhir dengan satu perhimpunan atau sekadar tangkapan terhadap seorang individu sahaja.
Beliau berkata gerakan itu perlu melangkaui desakan untuk menahan individu tertentu kerana rasuah merupakan isu sistemik yang memerlukan komitmen jangka panjang untuk dihapuskan.
“Itulah sasaran saya (hapuskan rasuah). Sabtu ini bukan penghujung perjuangan kita lawan rasuah.
“Ini bukan ‘grand finale’ tetapi adalah satu ikrar bahawa kita komited untuk membina masyarakat bebas rasuah.
“Kita…