
PETALING JAYA: PAS akan meneruskan himpunan pada 6 Jan sebagai tanda solidariti bersama Najib Razak, walaupun polis menggesa orang ramai supaya tidak menyertai sebarang himpunan berikutan kenyataan Istana Negara.
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, rakyat Malaysia berhak berhimpun selagi tidak wujud unsur provokasi yang melanggar undang-undang.
“Setakat ini, kami tidak bercadang membatalkannya kerana percaya ia sah di sisi undang-undang. Bagaimanapun, kami akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya kepada FMT sebagai respons kepada gesaan Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Beliau berkata demikian susulan keputusan Umno tidak meneruskan himpunan solidariti bersama bekas presidennya itu, atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, serta mematuhi gesaan polis.
“Kami percaya hak berhimpun…