Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan adakah ia jenayah untuk berhimpun bagi menunjukkan sokongan kepada Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Belum ada pemimpin atau ahli Bersatu yang dipanggil polis berhubung perhimpunan solidariti untuk bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya Khamis lepas.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan.
“Saya rasa kita serahkan kepada pihak polis untuk buat siasatan dan jalankan tugas serta tanggungjawab.
“Kita akan tunggu apa yang akan dimaklum kepada kita. Saya pun tidak ada maklumat lanjut mengenainya, hanya baca di media saja,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda Bersatu kali…