Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Himpunan solidariti Najib gadai maruah, martabat orang Melayu, kata Mukhriz

today6 January 2025

Background


Mukhriz Mahathir menzahirkan rasa pelik apabila ada mengaitkan penyatuan Melayu dengan penganjuran himpunan Najib Razak.

PETALING JAYA: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menyifatkan ‘pelik’ dengan mengaitkan penyatuan orang Melayu dengan penganjuran himpunan dikatakan bersolidariti kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

“Kami (Pejuang) mendukung serta menyokong penuh apa jua usaha menyatukan masyarakat Melayu. Dengan satu syarat sahaja niat di sebalik perpaduan itu mesti nyata.

“Bukankah dia (Najib) pemimpin Melayu yang menghancurkan imej masyarakat Melayu? Dia yang meleraikan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga kalah dalam PRU 2018,” katanya menerusi audio siar ‘Suara Marhaen’.

Beliau berkata, masyarakat Melayu patut menyedari himpunan ‘sokong Najib’ itu hanya menggadaikan maruah dan martabat orang Melayu.

“Malu masyarakat Melayu dengan menyokong perasuah. Kalau tiada langsung integriti mana pergi kita,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou


Previous post