
PUTRAJAYA: Kementerian Luar pada Isnin memanggil Duta Besar Sweden ke Malaysia Joachim Bergstrom untuk menzahirkan kecaman keras kerajaan Malaysia terhadap tindakan menghina kitab suci al-Quran di Stockholm, Sweden pada 20 Julai.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan dalam pertemuan itu, pihaknya menegaskan kepada duta besar bahawa kebebasan bersuara perlu diamalkan dengan penuh tanggungjawab serta mengambil kira sensitiviti agama kepelbagaian komuniti global.
“Kementerian ini menegaskan kembali bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap kerajaan Sweden yang memberikan kelulusan dan membenarkan tindakan menghina al-Quran dilakukan berulang kali di Sweden dengan alasan kebebasan bersuara.
“Walaupun cubaan membakar al-Quran itu gagal, tindakan provokatif memijak kitab suci ini tetap…