
KUALA LUMPUR: Usahawan Stanley Thai didenda RM60,000 kerana enggan mematuhi sepenuhnya perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya untuk mendedahkan butiran tertentu dalam prosiding perceraiannya dengan Tan Bee Geok.
Hakim Evrol Mariette Peters turut mengarahkan Thai membayar kos RM30,000 lagi kepada Tan.
Kedua-dua pembayaran mesti dibuat dalam tempoh 14 hari; jika gagal, Thai akan dipenjarakan sehingga beliau mematuhi perintah itu.
Ketika menyampaikan penghakiman ringkasnya pada Jumaat lepas, Peters berkata, Thai mempunyai masa hingga 31 Mac untuk mematuhi perintah mahkamah yang dikeluarkan pada Januari 2024 itu untuk mengelak dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah.
Katanya, Tan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa Thai sengaja enggan mematuhi perintah mahkamah, bukan disebabkan jahil, tidak upaya atau sebab-sebab…