Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hina pembuat kertas soalan SPM, 2 remaja ditahan

today25 February 2023

Background


Tular video memaparkan pelajar lelaki meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan Sejarah SPM.

Dua remaja ditahan membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

PETALING JAYA: Dua remaja ditahan bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah kerana didakwa tidak berpuas hati dengan kertas soalan Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Polis Hulu Selangor Suffian Abdullah, berkata penahanan dua remaja berusia 18 tahun itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun, 10.53 pagi semalam.

“Video tular di TikTok dan Facebook itu memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,” katanya dalam kenyataan.

Suffian berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post