Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Hisap Vape Di Surau, Pihak Sekolah Kenakan Tindakan Disiplin Terhadap Pelajar Terlibat

today9 May 2025

Background


Menerusi kenyataan yang dikongsi SMK Darul Ehsan di laman Facebook mereka, sekumpulan pelajar itu turut didapati menghisap vape di kawasan surau bersebelahan sekolah tersebut.

“Pihak sekolah memandang serius kesalahan menghisap vape yang berlaku di kawasan surau bersebelahan sekolah baru-baru ini.

“Surau merupakan tempat suci untuk beribadah dan harus dihormati oleh semua warga sekolah. Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan kesucian rumah Allah, tetapi juga melanggar peraturan sekolah serta undang-undang yang berkaitan.

“Sehubungan itu, pihak sekolah akan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang terlibat, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pihak sekolah juga akan mempertingkat pemantauan dan menjalankan program kesedaran bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang,” tulis kenyataan itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post