Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Hjrah Isteri Shukri Yahaya Tuai Pujian

today16 August 2024

Background
shukri hot fm

Penampilan terkini isteri pelakon terkenal, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan menerima pujian ramai selepas dia tampil berniqab.

Menerusi sebuah video di TikTok, Tya turut berkongsi dirinya membeli set pengurusan jenazah di usia muda yang turut berisi kain kapan seolah-olah membuat persediaan untuk kematian.

“Kita sering membeli baju di dunia, seakan kita hidup di dunia selamanya. Tapi kita lupa akan ‘baju terakhir’ kita.

“Tarikh kematian yang dirahsiakan. Tak ada siapa pun tahu. Bila dan dimana kejadiannya. Boleh jadi hari ini adalah hari terakhir kita…,” katanya di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, Tya yang mengkaburkan wajahnya itu seakan sebak tatkala dia memeluk kain kapan yang dibelinya itu.

@tyaadnan

kita sering membeli baju di dunia, seakan kita hidup di dunia selamanya. tapi kita lupa akan “baju terakhir” kita.. @bajuterakhirofficial tarikh kematian yang dirahsiakan. yang tak siapapun tahu. bila dan dimana kejadiannya. boleh jadi harini adalah hari terakhir kita .. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ @bajuterakhirofficial

♬ The beauty of existence sped up – vocals only 🫶🏼

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkesan dengan perkongsian Tya itu yang sentiasa beringat bahawa kematian itu pasti.

Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak menyangka Tya berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.3 juta tontonan, 85,000 tanda suka dan lebih 400 komen.

Sebelum ini, Tya kerap berkongsi video-video nasihat dipercayai antara usaha dakwah kecilnya demi menyentuh hati pengikutnya.

Artikel Berkaitan: Sweet! Shukri Yahaya ‘Kiss’ Tya Adnan Sewaktu Sesi Live, Netizen Komen: “Please, I Just Wanna This Kind of Relationship”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kasi Labuh Yang, Jangan Singkat-Singkat!” – Kacau Bini Tengah Live, Netizen ‘Iri Hati’ Tengok Shukri Yahya Layan Tya Adnan

Written by: Aqilah


Previous post