Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Homebaker At Clover Tawar Seleksi Cinnamon Rolls Menarik Sempena Krismas & Tahun Baru

today23 December 2021

Background


Dengan misi dan visi setiap orang berhak menikmati Cinnamon Rolls, jenama itu kini pantas mencuri perhatian. Hingga kini dalam tempoh setahun juga sudah ada lima cawangan termasuk bakeri, kafe dan kios di sekitar Selangor.

“Masa bulan pertama kafe beroperasi, jualan bersih sampai cecah enam angka. Itu bakar semangat. Kita juga terus variasikan perisa (toppings) dan tambah menu baru. Jualan secara dingin beku juga ada dijual di cawangan kami.

“Kami juga rancak merekrut ‘dropships’ untuk terus menjajah wilayah kawasan lain. Ini perlu kerana konsep pemanis mulut ini sedap di makan ketika masih ‘fresh dan hot’. Jadi sebaiknya ada wakil jualan di kawasan tumpuan.

“Menjelang tahun depan, kita sasarkan 30 lagi cawangan jenama ini diwujudkan termasuk di KL. Tahun seterusnya ada rezeki nak berkembang ke negeri lain pula. Malah kita masih lagi melakukan penyelidikan untuk pelbagaikan menu manis ini dengan cara sihat yang pelbagai,” katanya yang mempunyai sekitar 38 pekerja.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post