
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari berkata gabungan pembangkang itu menghormati keputusan mahkamah membatalkan kemenangan mereka di kerusi Parlimen Kemaman pada PRU15.
Katanya, kini terpulang kepada pemimpin PN, khasnya PAS, untuk menentukan sama ada mahu merayu terhadap keputusan itu. Rayuan perlu difailkan sebelum 3 Okt ini.
Ketua Pemuda PAS itu berkata, jika PN memutuskan tidak merayu terhadap keputusan terbabit, mereka akan berusaha sedaya upaya mempertahankan kerusi berkenaan.
“Insya Allah, kami akan menang sekali lagi dengan majoriti lebih besar,” katanya kepada FMT.
Pada PRU15 tahun lalu, Che Alias Hamid dari PN memenangi kerusi itu dengan majoriti 27,179 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Terdahulu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan PN selepas mendapati bantuan i-Belia…