
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menggesa pengkritik menghormati keputusan DAP memilihnya menerajui pentadbiran negeri itu, susulan pengakuan beliau wujud usaha menyingkirkannya.
Beliau menjelaskan kenyataannya dalam satu majlis malam tadi dibuat susulan wujud isu baharu dibangkitkan membabitkan penjualan tanah kepada sebuah syarikat swasta oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Apabila ditanya apa kaitan isu itu dengan kedudukannya sebagai ketua menteri, beliau berkata: “Lagipun saya adalah ketua menteri. Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk semua isu.”
Beliau berkata keputusan mengekalkannya dibuat oleh parti dan beliau harus mendapat sokongan penuh daripada semua ahli.
Menurutnya, sokongan itu membolehkannya menumpukan pada pelaksanaan matlamat ditetapkan di bawah Pelan Tempatan Pulau Pinang 2030.
Terdahulu, Sin Chew Daily melaporkan Chow berkata ada…