
PETALING JAYA: Isu kekurangan pegawai perubatan di Klinik Pakar Pembedahan sebuah hospital berpakar di Kedah akan ditangani sebaik mungkin bagi mengelakkan penyampaian perkhidmatan sedia ada terjejas, kata Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Norizan Ahmad.
Sebelum ini, tular notis tulisan tangan didakwa berlaku di sebuah hospital pakar Kedah menyatakan ia kekurangan doktor dan masa menunggu rawatan sehingga lima jam.
Norizan berkata, pihaknya mengambil maklum notis tular itu.
Katanya, penempatan pegawai perubatan di sesebuah hospital ditentukan pengarah hospital mengikut justifikasi dan keperluan semasa.
Menurutnya, perkhidmatan klinik pakar di hospital berpakar melalui sistem temu janji secara berperingkat dan berjadual bagi mengelakkan masa menunggu panjang.
“JKN…