Site icon Hot FM

Hospital Sultanah Aminah Bakal Naik Taraf Kemudahan & Parkir Bertingkat Dalam Perancangan


Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kerajaan negeri sedar akan isu kesesakan tempat letak kereta di Hospital Sultanah Aminah, khususnya pada hujung minggu apabila jumlah pelawat meningkat.

“Peruntukan bagi pembinaan parkir bertingkat telah diluluskan dan proses penilaian teknikal juga telah diselesaikan.

“Sekarang ini, kita masih menunggu laporan lengkap untuk mengetahui tarikh pelaksanaan sebenar,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri maklum mengenai kesesakan tempat letak kenderaan di hospital tersebut terutamanya pada hujung minggu.

“Buat masa ini, alternatif parkir adalah di kawasan berhadapan HSA. Kita bimbang aspek keselamatan sekiranya kenderaan diletakkan di bahu jalan utama,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu kerja-kerja naik taraf membabitkan lapan buah wad sedang giat dijalankan dengan salah satu daripadanya dijangka dibuka kepada pesakit bermula esok.

“Kita sedia maklum bahawa HSA adalah antara hospital paling sibuk di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version