Connect with us

Hot FM Kotak Xiaomi

Imbas untuk muat turun aplikasi Audio+
Terma Dan Syarat

TERMA DAN SYARAT

  1. Hot FM Kotak Xiaomi adalah sebuah kempen on-air yang dianjurkan sepenuhnya oleh Hot FM (Synchrosound Studio Sdn.Bhd) [215342-D], dan Xiaomi Malaysia bermula dari 27 September 2021 hingga 15 Oktober 2021.
  2. Hot FM Kotak Xiaomi ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas.

 

MEKANISME

  1. Nantikan sesi unboxing hadiah-hadiah menarik di IG Live @hotfm976 bersama penyampai Hot FM setiap hari, Isnin hingga Jumaat untuk anda dapatkan kata laluan.
  2. Jadi pemanggil terpantas di talian 03-77108822 setelah isyarat mendail keudara dan berikan kata laluan yang betul untuk peluang menang hadiah menarik.
  3. Seribu ringgit tambahan untuk anda sekiranya berjaya memberikan kata laluan yang betul di ‘splash screen’ yang ada di aplikasi Audio+. Anda perlu memuat turun aplikasi Audio+ di telefon pintar untuk dapatkan kata laluan yang betul.

 

LAIN-LAIN

  1. Segala keputusan Hot FM berkaitan dengan kempen Hot FM Kotak Xiaomi ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulangbicara oleh mana-mana pihak.
  2. Dengan menyertai Hot FM Kotak Xiaomi ini, anda tertakluk kepada Terma dan Syarat Am peraduan Hot FM dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

https://www.hotfm.audio/terma-dan-syarat-peraduan/

  1. Hot FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat Hot FM Kotak Xiaomi pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  2. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik. 
  3. Pemenang juga boleh dikehendaki oleh Hot FM untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video dan hendaklah mengiktiraf bahawa Hot FM mempunyai hak untuk mengguna pakai gambar-gambar publisiti, video-video dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang Hot FM fikirkan perlu dan sesuai, melainkan seseorang pemenang itu pada masa penyertaan peraduan meminta Hot FM untuk tidak mendedahkan identitinya. Sekiranya peserta meminta supaya Hot FM tidak mendedahkan identitinya, Hot FM mempunyai budi bicara mutlak sama ada untuk menerima atau tidak.
  4. Hot FM berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama seseorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan Hot FM secara amnya. Hot FM berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan. Semua pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh Hot FM tanpa sebarang pampasan tambahan.

 

TALIAN TERCICIR DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

Peraduan melalui panggilan telefon:

  1. Tiada liabiliti ditanggung oleh pihak Hot FM untuk komunikasi telefon yang tidak baik, salah arah / salah menelefon atau kesukaran teknikal yang dialami oleh pemanggil semasa panggilan masuk untuk Peraduan.

 

Jika semasa dalam Peraduan: 

  1. talian telefon terputus atau terganggu; atau
  2. terdapat pertikaian yang timbul daripada penggunaan talian-talian telefon di dalam Peraduan (termasuk di dalam situasi di mana telefon berbilang talian adalah digunakan); atau
  3. penyampai tidak mendengar apa-apa maklum balas yang jelas daripada pemanggil.

 

Pihak Hot FM berhak mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan kelayakan pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang berkaitan atas apa-apa sebab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pemberian hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil tersebut, dan boleh memberikan hadiah kepada orang lain mengikut budi bicara mutlaknya.

 

KETIDAKLAYAKAN

  1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja HOT FM; Rangkaian Radio di bawah Media Prima; Media Prima Berhad; Xiaomi Malaysia, sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
  2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada HOT FM atau syarikat bernaung di bawah Rangkaian Radio Media Prima; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. * Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
  3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada HOT FM.
  4. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.



PROSES PENYEDIAAN HADIAH

  1. Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Hot FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di