Imbas untuk muat turun aplikasi

Hot FM Lagu Cari Tuan yang ditunekan oleh Tune Talk! Recording label Alternate Records ada lagu, tapi belum ada penyanyinya dan band anda berpeluang menjadi artis rakaman.

Ikuti langkah mudah ini:

HOT FM LAGU CARI TUAN

TERMA DAN SYARAT

  1. Hot FM Lagu Cari Tuan adalah sebuah kempen on-air yang disokong dengan penyertaan melalui digital yang dianjurkan sepenuhnya oleh Hot FM (Synchrosound Studio Sdn. Bhd.) [215342-D], dan Tune Talk bermula dari 6 Jun sehingga 23 Jun 2022 (sebelum 6 petang) untuk penyertaan melalui Instagram.
  2. Hot FM Lagu Cari Tuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun hingga 35 tahun, dengan penyertaan wajib sebagai satu band amatur yang tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman dan pengurusan artis dan mempunyai kepakaran bermain ahli muzik dengan baik, mempunyai minat, personaliti dan stail yang menarik.

MEKANISME

  1. Muat naik video anda bersama ahli kumpulan jamming atau cover mana-mana lagu di Instagram, dan sertakan tanda pagar #HotFMLaguCariTuan, #TuneTalk, dan tag atau mention @hotfm976.
  2. Top 3 band akan ditentukan berdasarkan penilaian dari pihak pengurusan Hot FM dan Alternate Records.
  3. Top 3 yang telah dipilih seterusnya akan melalui proses penilaian yang ditentukan mengikut 50% markah daripada pihak pengurusan Hot FM dan Alternate Records dan 50% berdasarkan undian di website www.hotfm.audio untuk penentuan tempat pertama.

BAND/TOP 3

  1. Band yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Hot FM untuk hadir ke Sri Pentas bagi tujuan promosi (photoshoot, video recording, interview dan lain-lain) sekiranya diperlukan.
  2. Hanya pemenang utama Hot FM Lagu Cari Tuan bakal merakam sebuah lagu original daripada Alternate Records.
  3. Kesemua Top 3 band yang dipilih akan bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records selain membawa pulang wang tunai bernilai RM 5,000 (Juara), RM 3,000 (Naib Juara), dan RM 2,000 (Tempat ke-3) berserta barangan istimewa daripada Tunetalk.

LAIN-LAIN

  1. Segala keputusan Hot FM berkaitan dengan kempen Hot FM Lagu Cari Tuan ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulangbicara oleh mana-mana pihak.
  2. Dengan menyertai Hot FM Lagu Cari Tuan ini, anda tertakluk kepada Terma dan Syarat Am peraduan Hot FM dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). https://www.hotfm.audio/terma-dan-syarat-peraduan/
  3. Hot FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat Hot FM Lagu Cari Tuan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  4. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik.
  5. Peserta juga boleh dikehendaki oleh Hot FM untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video dan hendaklah mengiktiraf bahawa Hot FM mempunyai hak untuk mengguna pakai gambar-gambar ahli band untuk tujuan publisiti, video-video dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang Hot FM fikirkan perlu dan sesuai, melainkan seseorang pemenang itu pada masa penyertaan peraduan meminta Hot FM untuk tidak mendedahkan identitinya. Sekiranya peserta meminta supaya Hot FM tidak mendedahkan identitinya, Hot FM mempunyai budi bicara mutlak sama ada untuk menerima atau tidak.
  6. Hot FM berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama seseorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan Hot FM secara amnya. Hot FM berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan. Semua pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh Hot FM tanpa sebarang pampasan tambahan.

KETIDAKLAYAKAN

  1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja HOT FM; Rangkaian Radio di bawah Media Prima; Media Prima Berhad; Tune Talk, sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
  2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada HOT FM atau syarikat bernaung di bawah Rangkaian Radio Media Prima; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. * Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
  3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada HOT FM.
  4. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.

PROSES PENYEDIAAN HADIAH

Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Hot FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami.