Kudos! Kaka Azraff, Noki dan Loca B yang menjuarai Anugerah Juara Lagu 35 menerusi lagu Gila! Lagu ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Dipetik daripada Harian Metro, ketua juri AJL ke-35, Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan, pembaharuan karya sebegitulah yang mereka cari apa lagi secara keseluruhannya lagu berkenaan memang cukup kuat.
“Lirik dan intipatinya merangkumkan keadaan terkini mengenai pandemik yang kita hadapi. Percaturan meletakkan tiga penyanyinya juga berjaya mencipta keserasian padu sekali gus melonjakkan lagu itu,” katanya.
Kami kongsikan juga detik kemenangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki.
Tahniah Artist Marvelous March – Kaka Azraff, Loca B & Noki! You guys are awesome!