Connect with us

Muzik Buzz

Cover Lagu #BaikSemula, Suara Naim Daniel Dan Ismail Izzani Tak Pernah Mengecewakan

Sedap ya gandingan suara Naim dengan Mael ni, tak pernah tak best!

Published

on

Sudah hampir setahun pandemik Covid-19 melanda dunia dan semestinya ia memberi banyak impak kepada kita semua tak kisah muda atau tua.

Dalam masa yang sama, banyak aktiviti terpaksa ditunda dan lebih menyedihkan ada juga terpaksa dibatalkan disebabkan usaha untuk mengekang virus tersebut.

Kini, sebagai salah satu cara untuk memberi semangat dan inspirasi kepada rakyat Malaysia, team Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) ada memuat naik video lagu berjudul Baik Semula nyanyian Faizal Tahir, Jacklyn Victor, Tuju K-Clique dan juga Siti Nordiana.

Perkara itu juga merupakan salah satu inisiatif daripada pihak AJL untuk menarik minat orang ramai membuat semula cover lagu ini dan mereka berpeluang untuk membuat persembahan istimewa bersama dengan penyanyi asal lagu tersebut.

Turut tidak mahu ketinggalan, Naim Daniel dan Ismail Izzani juga ada membut cover lagu tersebut di laman Instagram mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Video berdurasi tiga minit itu turut menerima banyak pujian daripada peminat masing-masing.

Tak dinafikan lirik lagu ini turut membawa makna yang tersendiri kepada para pendengar.

Banyak benda yang kita rindukan sepanjang pandemik ini berlaku.

Apa pun, semoga satu hari nanti kita akan menang melawan virus COVID-19 ini!

Sumber foto dan video: Instagram Naim Daniel

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di