Bukan sahaja cantik dan pandai berlakon, malah selebriti kelahiran negara Texas, Amerika Syarikat, Diana Danielle juga rupanya pandai menyanyi!
Mengikuti perkembangan terbaharu, Diana baru-baru ini ada berkongsikan satu teaser lagu cover nyanyian beliau di laman Instagram miliknya menyanyikan lagu nyanyian Duncan Laurence – Arcade (Loving You Is A Losing Game) yang bakal ditayangkan di laman Youtube miliknya pada 29 April ini.
View this post on Instagram
Menulis dengan kapsyen ringkas :
“Loving You Was A Losing Game, my first ever cover, can’t wait to share with you all!
29th April 2021, 9pm, on my Youtube Channel. Stay Tuned !”
Lagu ini merupakan lagu pertama nyanyian Diana yang dinyanyikan sebagai lagu cover, malah beliau juga sudah tidak sabar untuk berkongsi dengan para peminat.
Nampaknya ramai yang terkesima mendengar nyanyian beliau walaupun ia hanyalah teaser, lihat reaksi-reaksi pengikut Diana di Instagram :

Baca artikel berkaitan : Kena ‘Scam’ Dengan Pembeli Barang Preloved, Ini Pesanan Daripada Diana Danielle
Haa mesti ramai yang tidak tahu sebenarnya Diana pandai menyanyi kan?
Bukan itu sahaja, ramai rakan artis ikut sama teruja menunggu lagu penuh yang bakal ditayangkan tidak lama lagi!

Min dengar teaser je dah meremang, apa lagi lagu penuh kan? Tak sabar!
Sumber : Instagram Diana Danielle