Site icon Hot FM

#JemimahChallenge: 4 Selebriti Malaysia Sahut Cabaran, Yang Last Tu Pecah Perut!

Demam #JemimahChallenge nampaknya sudah sampai ke Malaysia sehingga membuatkan beberapa penyanyi tempatan turut tidak mahu melepaskan peluang mencabar diri mereka melalui cabaran ini.

Lagu Cinta Dalam Hati nyanyian asal kumpulan Ungu telah tular selepas salah seorang peserta Indonesia Idol yang dikenali sebagai Jemimah Cita membuat kelainan ketika menyampaikan lagu tersebut.

Ketika Jemimah menyampaikan lagu tersebut, para juri dan penonton kelihatan teruja dengan cara nyanyiannya sehingga membuatkan terhasil lah #JemimahChallenge yang kini sudah menjadi ikutan ramai orang.

@asyrafjamall@officialrcti @indonesianidol DABESSTT✊?✊? ##fyp ##jemimahchallenge♬ original sound – A T A P

Antara penyanyi tempatan yang sudah menyahut cabaran ialah Ismail Izzani, Aina Abdul, Lan Solo serta Ernie Zakri.

@ainaabdul20##jemimahchallenge ##foryoupage ##fyp ##ainaabdul♬ original sound – ainaabdul

Boleh tahan power juga kan mereka semua ni, tapi paling power rasanya Lan Solo lah.

Sambil baring pun dia tenang lagi boleh nyanyi lagu tu sambil dikelilingi oleh anak-anaknya!

Namun terdapat satu video yang turut mendapat perhatian iaitu nyanyian daripada Emil Mario, seorang Content Creator terkenal di TikTok yang berasal dari Indonesia.

Challenge ini mungkin nampak seperti mudah untuk dilakukan, tetapi hakikatnya tidak ya, buktinya Emil telah ‘terkucil’ ketika berusaha untuk menyanyikan lagu Cinta Dalam Hati ini.

Agak-agak TokTi nak tak join challenge ni juga? Mesti best kalau dapat dengat TokTi tarik lagu ni sambil suap Siti Aafiyah makan kan?

Sumber video: Instagram Lan Solo, Instagram Ernie Zakri, Instagram Ismail Izzani, Instagram Lan Solo dan TikTok Aina Abdul

Exit mobile version