Connect with us

Muzik Buzz

Kecewa Suara Dibandingkan Dengan Nabila Razali, Siti Sarah Pertahankan Lagu Duet Bersama Shuib

Ramai sebenarnya yang lebih mengagumi lagu Semakin Benci Semakin Cinta

Published

on

Sama-sama berbakat dalam seni suara membuatkan pasangan selebriti Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Sepahtu berjaya merakamkan sebuah lagu duet bersama berjudul Semakin Benci Semakin Cinta.

Namun entah apa yang dikira kurang, sehingga Sarah menerima satu komen yang membandingkan suara beliau dengan penyanyi Nabila Razali.

Baca artikel berkaitan: Tak Dapat Bangun Setelah Berlaga Pipi Dengan Peminat, Aksi Siti Sarah Di Pentas Menghiburkan Ramai

“Maaf dik … Tpi sarah rasa, tak patut la nak bandingkan sarah dgn mana2 penyanyi pun. Bagi sarah, Nabila Razali ke, Mariah Carey ke, Anita Mui ke, Lata Mangeskhar ke. ? smua ada kelebihan masing2.”

Sarah merasakan tindakan membandingkan suaranya denga Nabila adalah tidak wajar.

Beliau memberitahu, sejujurnya dirinya mengagumi penyanyi lagu Peluang Kedua itu.

“Sarah sndiri sebenarnya sgt respect dgn @nabila.razali dia seorg bakat baru, suka berusaha, x mudah putus asa & pndai cari pluang dlm bidang muzik. Dia pun baik & respek dgn sarah. Sebagai penyanyi yg dah dekat 20 tahun ni, sarah sentiasa nak perbaiki kelemahan vocal .. cuma tu lah, tak tahu pulak ada kelas buat suara jadi moden ? suara moden tu apa sebenarnya? Maaf la sarah betul2 tak tahu, tak tahu ? Mgkin adik boleh komen byak lgi atau lebih jelas scara detail, psni boleh sarah pbaiki dan cari cikgu vocal yang boleh ajar suara jadi moden ?”

Sarah bagaimanapun berkata, beliau terbuka menerima reaksi orang lain mengenai dirinya.

Namun lagu Semakin Benci Semakin Cinta mempunyai satu kekuatan mendalam buat dirinya dan suami.

“Sarah tbuka dgn smua komen sbb sarah sndiri nak maju kan diri sarah. untuk pengetahuan adik yg dikasihi, sjujurnya lagu ni tlalu deep utk sarah & @shuibsepahtu. tak mungkin sarah nyanyi lagu ni ngn org lain atau shuib nyanyi ngn org lain.”

Jom kita dengar lagu yang dimaksudkan Sarah ini.

Best lagu ni, kan?

Sementara itu, ramai yang menyokong lagu yang dinyanyikan Sarah dan Shuib.

Tidak mengapalah Sarah, abaikan kata-kata negatif itu.

Ini kerana lebih ramai orang yang memandang lagu kalian dengan penghargaan yang tinggi.

 

Sumber: Instagram Siti Sarah dan YouTube Indigital Music 

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.