Connect with us

Muzik Buzz

Seminggu Trending Nombor 1 Di YouTube, Aliff Syukri Seronok Lagu Raya Dapat Sambutan

Tahniah Datuk Seri Aliff Syukri, lepas ni boleh la digelar penyanyi nombor 1 negara kan!

Published

on

Siapa sangka, dalam diam lagu raya Datuk Seri Aliff Syukri kini sudah trending nombor 1 di YouTube Malaysia!

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Aliff Syukri dengan penuh rasa gembira dan syukur atas kejayaan itu.

Bukan itu sahaja, lagu berjudul Lala Raya turut telah ditonton sebanyak hampir 2 juta setakat ini semenjak dimuat naik di akaun YouTube TV Terlajak laris pada 3 Mei lalu.

Lebih melucukan, Aliff turut sempat berterima kasih kepada pelawak Zizan Razak kerana sebelum ini ada memuji kemerduan suaranya.

“Suara saya yang sedap dan merdu ini .. betul kata @zizanrazak869 sy suara sy unik??? kalau tak takkan lah boleh trendingkan merdu tak suara saya??”

Ruangan komen posting tersebut turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya di laman Instagram.

Rata-rata daripada mereka memuji keyakinan diri yang dimiliki oleh usahawan tersebut.

Semoga lagu Lala Raya ini akan menceriakan raya kita pada tahun ini walaupun hanya berada di rumah sahaja!

Baca juga artikel berkaitan:

Tarian Seperti Regangan Otot, Ramai Yang Suka Dengan Lagu Raya Aliff Syukri

Dipuji Tak Pernah Ada Isu Langgar SOP, Aliff Syukri Segan Digelar ‘Penyanyi No 1’

Sumber foto dan video: Instagram Aliff Syukri

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.