Connect with us

Muzik Buzz

Seronok Dengar Lagu Raya Baharu, Ramai Terhibur Tengok Keletah Syamel Dan Ernie Zakri

Lagu raya pertama gandingan Syamel dan Ernie buatkan ramai suka tengok keletah pasangan suami isteri ini

Published

on

Walaupun sudah sebulan mendirikan rumah tangga, tetapi kemesraan dan keletah pasangan suami isteri Ernie Zakri dan Syamel masih mendapat perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @syamel_official

Kali ini, mereka tampil dengan lagu raya yang berjudul Aidilfitri Lembaran Baru bersama dengan Ruffedge, Ara Johari, Ucop dan Masya Masyitah.

Lagu tersebut turut membuatkan ramai berasa tak sabar untuk menyambut Aidilfitri yang dijangka bakal diraikan pada 13 Mei ini.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah keletah Ernie bersama dengan Syamel yang penuh menceriakan itu!

Bagi mereka, Ernie dan Syamel nampak sangat gembira ketika menjayakan Music Video lagu berkenaan.

Bukan itu sahaja, mereka turut terhibur melihat keriangan mereka berdua bagi menjayakan watak sebagai suami isteri.

Lagu tersebut baru sahaja dilancarkan di channel YouTube Rocketfuel Network pada jam 5 petang 27 April.

Jangan lupa saksikan MV lagu Aidilfitri Lembaran Baru di YouTube, mana tahu ia akan jadi lagu kegemaran kita semua waktu raya nanti!

Sumber foto dan video: Instagram Syamel dan YouTube Rocketfuel Network

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.