Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Seronok Dengar Lagu Raya Baharu, Ramai Terhibur Tengok Keletah Syamel Dan Ernie Zakri

today27 April 2021

Background

Walaupun sudah sebulan mendirikan rumah tangga, tetapi kemesraan dan keletah pasangan suami isteri Ernie Zakri dan Syamel masih mendapat perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @syamel_official

Kali ini, mereka tampil dengan lagu raya yang berjudul Aidilfitri Lembaran Baru bersama dengan Ruffedge, Ara Johari, Ucop dan Masya Masyitah.

Lagu tersebut turut membuatkan ramai berasa tak sabar untuk menyambut Aidilfitri yang dijangka bakal diraikan pada 13 Mei ini.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah keletah Ernie bersama dengan Syamel yang penuh menceriakan itu!

Bagi mereka, Ernie dan Syamel nampak sangat gembira ketika menjayakan Music Video lagu berkenaan.

Bukan itu sahaja, mereka turut terhibur melihat keriangan mereka berdua bagi menjayakan watak sebagai suami isteri.

Lagu tersebut baru sahaja dilancarkan di channel YouTube Rocketfuel Network pada jam 5 petang 27 April.

Jangan lupa saksikan MV lagu Aidilfitri Lembaran Baru di YouTube, mana tahu ia akan jadi lagu kegemaran kita semua waktu raya nanti!

Sumber foto dan video: Instagram Syamel dan YouTube Rocketfuel Network

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Tampil Classy & Bergaya Dengan Jam Tangan ‘Solvil et Titus’ Untuk Raya Tahun Ini!

Macam biasa, kalau anda beli barangan berjenama mewah ini kalau ada kerosakan mesti dapat waranti*. Macam itu jugalah dengan jam tangan Solvil et Titus ini, anda akan dapat 2 tahun waranti. Jadi, kalau ada apa-apa yang berlaku atas jam anda, boleh terus ke City Chain.Bukan itu saja, dengan pembelian yang anda buat, anda juga akan dapat servis penghantaran percuma tau! Jangan risau, takde caj untuk anda. Nak hadiahkan untuk keluarga anda […]

today27 April 2021