Connect with us

Muzik Buzz

Tak Sangka Miliki Suara Merdu, Raysha Rizrose Dan Hannah Delisha ‘Kuasai’ Medley AJL35

Setuju sangat suara Raisya dan Hannah memang sedap, lepas ni boleh jadi penyanyi!

Published

on

Pertama kali dalam sejarah, Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) bakal diadakan tanpa penonton di Auditorium MBSA, Shah Alam jam 9 malam pada 14 Mac ini.

Dalam usaha sama untuk mempromosikan AJL35, Valient Music telah menghasilkan sebuah Music Video AJL35 Medley yang menyaksikan Hannah Delisha, Raysha Rizrose, Azmi Saat serta Dean Eiman menyampaikan sebanyak 12 buah lagu yang layak bertanding di pentas akhir nanti.

Tanpa disangka, Hannah Delisha dan Raysha memiliki suara yang merdu sekali gus mereka berdua ini layak digelar sebagai penyanyi yang hebat.

Jika sebelum ini kita hanya dapat menyaksikan Hannah dan Raysha berlakon di hadapan lensa kamera, kali ini mereka beraksi di hadapan mikrofon pula.

Seperti yang kita tahu, Hannah sememangnya seorang pelakon dan penyanyi tetapi ia perkara baharu buat Raysha yang sebelum ini hanya dikenali sebagai pelakon.

Kemerduan suara mereka turut diterima serta dipuji oleh peminat masing-masing yang berharap agar Hannah dan Raysha dapat membuat banyak lagi cover lagu selepas ini.

Mungkin lepas ni kita boleh minta Hannah dan Raysha menyanyi duet bersama-sama ke kan?

Apa pun jangan lupa untuk saksikan AJL35 pada 14 Mac ini jam 9 malam hanya di TV3!

Sumber foto dan video: Youtube dan Instagram

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di