Pada 11 Mac, konti Hot FM telah dimeriahkan lagi dengan kedatangan seorang tetamu wanita yang mempunyai vokal mantap, dan suara merdu serta lunak iaitu Ernie Zakri.
Undangan berkenaan adalah selari dengan persiapan Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35) yang bakal berlangsung tanpa penonton pada 14 Mac di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA).
Menerusi temubual Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri bersama dengan Geng Pagi Hot (GPH), beliau menyatakan bahawa dirinya tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi sebarang anugerah.
Walaubagaimanapun, Erni bakal melakukan yang terbaik buat peminatnya dan berharap ia dapat diterima ramai.
“Persembahan tu nanti pun takkan ada gimik, ” ujar Ernie
Ini kerana Ernie yang bakal membawakan lagu berjudul Gundah ciptaannya bersama dengan Sharon Paul berkata lagu tersebut sangat bersifat peribadi buatnya.
“Sebenarnya, lagu itu adalah daripada kisah cinta datuk dan nenek saya, selepas nenek saya meninggal dunia, dia rasa gundah,” jelas Ernie
Dalam temubual yang sama juga Ernie sempat menjawab soalan daripada GPH tentang persiapan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya iaitu penyanyi Syamel.
“Saya nak bagitahu, proses dokumentasi semua dah settle tinggal nak kahwin je. Buat masa sekarang saya nak fokus AJL dulu,”
Wah! Satu berita baik ni. Hot FM doakan agar segala persiapan AJL dan pernikahan nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Sumber foto: Instagram Hot FM