Connect with us

Muzik Buzz

[VIDEO] Gandingan Hebat, Tonton MV Indahnya Raya Bersama Penyampai Hot FM Dan Selebriti Lain

Kalau nak dengar lagu raya alaf baharu daripada geng Hot FM, jangan lupa tunggu pukul 9:30 malam ni okay!

Published

on

13 hari sahaja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan walaupun tahun ini kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi itu semua merupakan norma baharu yang perlu kita biasakan.

Sempena dengan Aidilfitri tahun ini, penyampai radio Hot FM yang terdiri daripada Mark Adam, Fizie, Deen, Haziq dan Fad bakal muncul dengan lagu raya baharu!

Sebelum ini, penyampai Hot FM ada menyanyikan lagu PUASA- Parody Gila ketika awal Ramadan dahulu dan kini mereka muncul semula bersama dengan lagu raya!

Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana Deen, Haziq, dan Fad akan menyampaikan lagu berjudul Indahnya Syawal bersama dengan penyanyi lain iaitu Achey, Amylea Azizan dan Zulin Aziz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

Kumpulan kedua yang terdiri daripada Mark Adam,  Fizie akan bergandingan bersama dengan Shila Amzah, Siti Nordiana, Ezwan Ariff dan juga Adzrin menyampai lagu berjudul Salam Dari Jauh.

Tepat jam 9:30 malam 30 April, anda boleh menyaksikan Music Video penuh lagu Indahnya Syawal di IGTV @hotfm976, Facebook Hot FM dan Youtube 1711 Music.

Untuk maklumat, sebelum ini Hot FM pernah muncul dengan beberapa lagu raya iaitu Salam Lebaran, Bunga Api Di Hati dan Rindu Yang Telah Pergi yang mana lagu berkenaan turut menampilkan penyampai Hot FM bersama dengan penyanyi lain.

Jangan lupa saksikan MV Indahnya Syawal pada jam 9:30 malam, confirm nanti semua dah tak sabar nak sambut Aidilfitri!

Sumber foto dan video: Instagram Hot FM dan 17elevenmusic

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.