Hot FM

“Baik Tengok Cerita Korea” Penonton Bengang, Banyak Babak Pelik Dalam Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Bukan lah mudah bagi pengarah, penerbit, pelakon dan krew produksi menghasilkan sesebuah karya yang memenuhi citarasa penonton.

Namun bagi penoton, mereka hanya mahukan karya yang boleh diterima akal dan bukannya sebuah drama yang mempunyai banyak babak aneh di dalamnya.

Nampaknya drama Tak Sempurna Mencintaimu telah menerima banyak kritikan daripada penonton lebih-lebih lagi selepas menonton episod 16 pada 15 April yang lalu.

Menurut satu twit yang dikongsikan oleh pengguna laman Twitter @brgsjks , terdapat banyak babak yang tidak logik sehingga membuatkan mereka tidak berminat untuk menonton drama tersebut dengan lebih lanjut.

Dalam masa yang sama, penonton turut mempersoalkan cara lakonan pelakon utama iaitu Redza Rosli yang kelihatan agak kaku berbanding karyanya yang sebelum ini.

Tapi penonton tak boleh juga nak salahkan pelakon 100%, mungkin watak yang dibawa itu memerlukan seseorang pelakon tidak bertindak mengikut logik akal yang sepatutnya?

Sebelum ini drama tersebut telah hangat diperkatakan akibat satu babak melibatkan pelakon Wan Maimunah telah ditunjal kepalanya oleh pelakon Lydiawati sehingga membuatkan ramai panas hati dengan babak tersebut.

Tak dinafikan drama ini mempunyai banyak mesej yang disampaikan dan disebabkan itu penonton kena lah saksikan sampai episod akhir ya!

Sumber foto dan video: Twitter @brgsjks dan Instagram Redza Rosli

Exit mobile version