Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Coming Soon,” Peminat Teruja 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Ditayangkan

today25 June 2021

Background

Kehebatan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku tidak dapat disangkal lagi apabila ia mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Drama tersebut adalah adaptasi daripada novel dengan judul yang sama, dan ditulis oleh novelis terkenal Siti Rosmizah.

Ia dibintangi pelakon hebat antaranya Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Bil Azali, Faye Kusairi dan ramai lagi.

Terbaharu pada 24 Jun 2021, salah seorang pelakon drama tersebut iaitu Faye Kusairi telah memberi perkembangan gembira buat peminat drama bersiri itu.

Baca artikel berkaitan: Sah! 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Ditayangkan, Jom Tonton Trailer Dulu

Menurut Faye, beliau telah mendapat perkembangan terkini mengenai penggambaran untuk 7 Hari Mencintaiku 3.

“Sempena petang tadi dapat update terkini pasal penggambaran 7 Hari Mencintaiku 3… kita upload la gambar ni.”

Bagaimanapun, beliau yang membawa watak Syakila itu tidak menjelaskan dengan lebih lanjut akan perkara itu.

Dengan turut menulis “#7hariMencintaiku3 #comingsoon” ia menandakan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sementara itu, beliau bertanya pendapat para peminat mengenai watak Syakila yang dibawakannya untuk 7 Hari Mencintaiku 3.

“Nak tanya ni… Korang suka Syakila jahat ke baik? Cepat jawab!”

Para peminat pula menyatakan pendapat mereka melalui ruangan komen.

Semoga penggambaran untuk drama itu berjalan dengan lancar.

Tak sabarnya nak tengok 7 Hari Mencintaiku 3!

 

Sumber: Instagram Faye Kusairi

Written by: Hasanah Yusof


Previous post