Drama di slot Akasia berjudul Bidadari Salju semakin mendapat tempat di hati para penonton.
Kisah yang bermula dari zaman persekolahan itu akhirnya menemukan kembali Kayra dan Hariz.
Namun keadaan sudah berbeza, Kayra tidak selemah dahulu.
Terbaharu pada 24 Disember 2020, pelakon Sweet Qismina yang membawa watak Kayra, telah memuat naik satu video sedutan daripada episod 8 drama tersebut.
Melalui kapsyen:-
“Episode 8:
Konon air mata jantan jatuh maknanya dia betul2 cintakan kau ehhh puhlease, sudah bosan dengan ini DRAMA ?”
Sedutan episod itu memberitahu bahawa dendam Kayra terhadap perbuatan Hariz 5 tahun lalu tidak mudah dilupakannya.
Tapi memang betul pun, Hariz dulu memang melampau!
Bagaimanapun soal hati dan perasaan kita tak boleh menduga apa yang akan berlaku.
Mungkin dendam itu akan mula hilang kerana cinta, atau ia akan terus terpahat sebagai dendam yang menjadi benteng penghalang antara hubungan Kayra dan Hariz.
Para peminat turut tidak ketinggalam meninggalkan komen pada perkongsian ini.

Jangan lupa saksikan Bidadari Salju untuk ketahui apa yang akan berlaku kepada hubungan mereka ini nanti.
Baca artikel berkaitan: Episod Pertama Bidadari Salju Sudah Berjaya Buat Penonton Rasa Geram
Sumber: Instagram Sweet Qismina