Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

MK Bakal Berlakon Dengan Mira Filzah, Tapi Ramai Yang Mahukan Nabila Razali Jadi Heroin

today21 March 2021

Background

Wow, siapa sangka tak lama lagi penyanyi kegemaran ramai iaitu MK K-Clique bakal bergelar pelakon dan turut akan digandingkan bersama dengan heroin pujaan ramai iaitu Mira Filzah!

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang yang menjanjikan bahawa drama tersebut bukan lah drama cliche.

Ini merupakan projek pertama buat MK dalam dunia lakonan dan disebabkan itu ramai peminatnya berasa sangat teruja.

Dalam masa yang sama, ruangan komen foto tersebut yang dimuat naik oleh Michael menyaksikan ramai pengikutnya menginginkan MK digandingkan bersama dengan Nabila Razali.

Sebelum ini, MK dan Nabila pernah digandingkan dalam Music Video lagu Peluang Kedua dan daripada situ ramai yang sukakan lakonan mereka di dalam MV tersebut.

Sebenarnya dah lama juga kan tak tengok Nabila berlakon, kali terakhir tengok Nabila jadi heroin ialah untuk drama Kebaya Kasut Kanvas.

Mungkin lepas ni mana-mana pengarah atau penerbit boleh gandingkan Nabila dengan MK?

Apa pun, good luck kepada MK yang kini sudah bergelar pelakon!

 

Sumber foto: Instagram Michael Ang dan Nabila Razali

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage-8

Sosial

Beratur Hingga Luar Lot 10, Cawangan Pertama Don Don Donki Diserbu Orang Ramai

Bagi yang gemar melancong ke Jepun, pasti anda familiar dengan rangkaian kedai diskaun Don Don Donki yang cukup dikenali dalam kalangan pelancong terutama sekali rakyat Malaysia. Umum mengetahui, Don Don Donki telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia dan memilih Lot 10 sebagai lokasi pertama cawangan kedai tersebut. Sudah pasti berita tersebut telah membuatkan orang ramai berasa teruja dan tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke kedai ini. Terbaharu, beberapa gambar keadaan […]

today21 March 2021