Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Terpaksa Tangguh Peggambaran Dan Siaran Tayangan, Ramai ‘Ship’ Sharifah Rose Dan Redza Rosli

today4 June 2021

Background

Nampaknya kehadiran pendatang baharu yang juga merupakan personaliti media hiburan iaitu Sharifah Rose sebagai pelakon sudah dapat diterima baik oleh penonton.

Drama lakonan pertamanya berjudul Kekasih Hati Mr Bodyguard yang ditayangkan di TV3 sudah menjadi kegemaran penonton.

Baca juga artikel berkaitan:

Buat Video Tiktok Dengan Pengarah, Pelakon Baharu Sharifah Rose Diserang Netizen

Namun sayangnya, penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) yang turut mengganggu waktu tayangan drama berkenaan.

Menerusi posting terbaharu di laman Instagram Rose, beliau ada kongsikan berita sedih itu sehingga menerima banyak feedback daripada pengikutnya yang menonton drama berkenaan.

Lebih menarik lagi, ramai dapat melihat keserasian antara Rose bersama dengan hero gandingannya iaitu Redza Rosli.

Menurut mereka, Rose dan Redza kelihatan begitu secocok sekiranya menjadi pasangan kekasih!

Alamak, takkan dah terjadi cinta lokasi kot?

Jika dulu ramai mengatakan lakonan Rose agak ‘kayu’, tetapi lama-kelamaan beliau telah berjaya memperbaiki cara lakonannya dan kini jelas menampakkan beliau sudah nampak selesa beraksi di hadapan lensa kamera.

Apa pun, diharapkan penonton setia drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dapat bersabar menanti sambungan drama ini okay!

Baca juga artikel berkaitan:

Bidas Komen Netizen, Izara Aishah Tidak ‘Bitter’ Dengan Rezeki Berlakon Instafamous Sharifah Rose

Sumber foto dan video: Instagram Sharifah Rose

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post