Walaupun baru sahaja memasuki episod ketujuh ditayangkan namun populariti yang dibawa oleh drama bersiri Takdir Yang Tertulis tidak boleh disangkal lagi.
Mendapat sentuhan arahan daripada pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat, drama yang dibarisi pelakon hebat termasuk Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Muhammad dan Alvin Chong ini semakin mendapat tempat di hati penonton.
Tambahan lagi dengan lakonan antagonis Didie Alias yang membawa watak Che Salmah. Ramai berang!
Terbaharu, pengarahnya telah memuat naik sedutan akan datang di laman Instagram miliknya:-
View this post on Instagram
Sedutan tersebut sehingga kini dihujani dengan komen-komen daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan Che Salmah.
Apa agaknya yang akan jadi dan apakah penyudahannya? Sama-sama kita tonton setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran TV3.
Sumber foto: Instagram Shahrulezad Mohameddin
Baca artikel berkaitan:-
Scene ‘Rampas Anak’ Buat Penonton Tak Keruan, Drama Takdir Yang Tertulis Bikin Panas Hati
Bukan Pelakon Utama Pilihan, Budak Ijat Tak Sangka Drama ‘Takdir Yang Tertulis’ Menjadi!
‘Takdir Yang Tertulis’, Sebuah Drama Khas Buat Perampas
Video Muzik OST ‘Takdir Yang Tertulis’ Akhirnya Dilancarkan, Peminat Puji Bakat Amylea Azizan
Post comments (0)