Disaat semua orang menantikan tarikh untuk mendapatkan vaksin, ada pula yang ‘kantoi’ memotong barisan terlebih dahulu daripada mereka yang sepatutnya mendapatkannya.
Terkini, selebriti Datin Paduka Eina Azman dilihat telah mendapatkan vaksin di sebuah hospital walaupun disaat ini semua orang masih menantikan tarikh bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca yang dibuka untuk orang awam.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Eina di laman Instagram miliknya pada 25 Mei lalu sebelum ia dipadam sendiri oleh selebriti berkenaan.

Hasil tinjauan di laman Twitter, difahamkan lokasi beliau dan suami iaitu Datuk Paduka Kaiser mendapatkan vaksin Pfizer itu ialah di Hospital Permaisuri Bainu, Ipoh yang mana kawasan itu kini sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Seperti yang sedia maklum, vaksin Pfizer merupakan vaksin yang akan diberikan khas buat petugas barisan hadapan.
Rata-rata warganet berasa terkejut dengan perkara tersebur dan ia turut menumbulkan tanda-tanya tentang bagaimana Eina dan suami boleh mendapatkan vaksin Pfizer tersebut?

Maka dengan itu, ramai yang berasa tidak puas hati apabila mereka merasakan seperti terdapat double standard dalam perkara ini.
Apa pun, kita tunggu sahaja update terkini daripaa Eina atau suami berkenaan isu tersebut, mungkin mereka ada alasan yang tersendiri tentang penerimaan vaksin Pfizer itu.
Dalam masa yang sama, buat semua orang awam jangan lupa untuk mendaftar vaksin AstraZeneca yang akan dibuka di laman web www.vaksincovid.gov.my pada jam 12 tengahari 26 Mei ini.
Sama-sama kita mencegah penularan virus COVID-19 demi masa depan semua!
Baca juga artikel berkaitan:
Sumber foto: Twitter