Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lama Tak Cukup Tidur Sejak Ada Anak, Ain Edruce ‘Mengamuk’ Lagi!

today31 May 2021

Background

Nampaknya selepas hampir dua minggu menjadi seorang ibu, pengacara Ain Edruce sudah mula mengamuk di aplikasi TikTok!

Ain yang sebelum ini terkenal dengan video bersahaja semasa sarat mengandung tetap tidak berehat untuk membuat video baharu di aplikasi tersebut.

Kali ini apa yang melucukan ialah video yang dihasilkan oleh Ain itu membawa maksud bahawa beliau sudah lama tidak mendapatkan tidur yang lena memandangkan perlu berkorban masa demi anak sulungnya itu.

@ainedruce91???♬ kita tak tau la – ?????♡︎

Maklum lah, bila ada anak kecil ni mesti lah perlu korban masa tidur untuk menjaganya kan lebih-lebih lagi sekarang ni pun Ain masih lagi dalam tempoh berpantang.

Baca juga artikel berkaitan:

“Mata lebam…” Wajah Ketika Berpantang Diberi Rating 5/10, Ain Edruce Tetap Kekalkan Aura Positif Sebagai Ibu

Seperti biasa, setiap video yang dilakukan oleh Ain pastinya membuatkan peminatnya terhibur, ditambah pula dengan mimik mukanya yang dilihat seperti tak cukup tidur.

Dalam masa yang sama, ada juga antara mereka yang sedang mengalami perkara sama seperti Ain iaitu simptom kurang tidur semasa menjaga anak.

Nanti lama-lama mesti Ain dah terbiasa kena bangun pagi-pagi bagi susu atau tukar pampers anak kan.

Lepas ni dah boleh lah Ain buat TikTok dengan baby tu kan, tak sabar rasanya nak tengok anak-beranak ni!

Baca juga artikel berkaitan:

“Tak Jaga Pantang Ke?” Ain Edruce Dikatakan ‘Langgar Pantang’ Selepas Memuat Naik Foto OOTD

Setelah Berbelas Jam Penantian Kelahiran Bayi Sulung, Tahniah! Akhirnya Ain Edruce Selamat Bersalin

Sumber foto dan video: TikTok dan Instagram Ain Edruce

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Makanan

NASI ARAB & CHAR KUEY TEOW

NASI ARAB & CHAR KUEY TEOW Nak makan nasi arab tapi takut ayam tak lembut?? kambing liat? Char Kuey Teow tak menepati citarasa anda dan tak berbaloi? Check this out!

today31 May 2021